Pages

Tentang Kehidupan

Jumaat, 6 November 2015



Bercerita tentang kehidupan.
Sebenarnya terlalu banyak yang ingin diceritakan.
Setiap orang mengalami pengalaman hidup yang berlainan.

Jatuh, Bangun
Ketawa, Duka
Susah, Senang
Dan yang paling penting
Bodoh dan Pandai

Seringkali orang-orang mengartikan kehidupan ini sebagai roda manakala segelintir mengandaikannya sebagai kelas realiti.

Dalam kehidupan ini, kita sebenarnya adalah pelajar yang tidak akan pernah lulus dalam menduduki peperiksaan-peperiksaan yang dihadapi. Setiap satu lembaran menanyakan soalan yang berbeza-beza dan sukar. Adakalanya senang dibahagian hadapan namun mencabar dilembaran tengah dan sukar dilembaran akhir. Dan, begitulah senario soalan itu berulang-ulang secara rawak diantara setiap manusia.

Jika ada yang berkata ada yang berjaya melaluinya dan lulus.... aku juga percaya kerana sejak zaman berzaman, hanya seorang sahaja yang bergelar manusia lulus menghadapi peperiksaan hidup ini iaitu Rasulullah SAW......

Bagi adalah manusia yang sangat murni hatinya.... sentiasa tulus dan sangat menyayangi orang lain. Bagaimana hendak menjadi seperti baginda? Jika orang hon sikit kereta kita sebab lambat ergerak kita sudah memaki. Lihatlah sosok Rasulullah Saw yang diludah pun masih dapat bersabar. Dimaki hamun dan dicerca masih dapat menyuapi penghinanya makanan..... Bagaimana kita hendak mencapai tahapan seperti ini? Allahu :(  

Iman kita setipis bawang. Kita terlalu rapuh menghadapi peperiksaan hidup. Sedangkan masa yang disediakan sangatlah pendek.

Benarlah kata-kata Rasulullah sabar itu mahal. Dan hanya yang bersabar yang berjaya.... Marilah kita sama-sama berdoa, agar kita lulus dengan "flying  colors" beberapa lembaran hidup ini. Kerana aku yakin jika sukar untuk lulus kesemuanya KITA PASTI BOLEH lulus sebahagiannya. Dan aku juga berharap dengan kelulusan itu berjaya melayakkan kita untuk menempati tempat kepujian dibawah lindungan kasih sayang dan rahmatNya.

Aamiin Yarobbal "Alamin......

Tiada ulasan:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS