Pages

Berpantang & Meroyan

Khamis, 26 November 2015






Sudah setahun berlalu dari kelahiran Burhan Helmi ke dunia.
Disulami dengan rasa gembira, sedih dan ragu, aku menguatkan semangat untuk mengharunginya dan hari ini aku mempunyai kekuatan berkongsi rasa dan cerita di alam maya ini.

Harapanku agar, 
semua yang membaca mengambil iktibar dan menjaga diri dengan baik
 meski apa saja halangan yang tiba, mengganggu kedamaian hati.
Ingatlah kita yang diuji ini sebenarnya kuat.
 Dan Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita sendiri.

Allah
Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya.
Diturunkan kita ujian yang berat bagi menguji keimanan kita.

Dan, janganlah kita berpaling dari mengingatinya disaat suka maupun duka.



24hb Februari 2015,
 tepatnya 6 bulan setelah melahirkan Burhan, aku tiba2 menggeletar seluruh badan... 
tercirit birit dan aku rasa seolah-alah aku nak mati...
tanpa tahu puncanya kawan sepejabat a.k.a Liyun bawa aku ke Poliklinik 
untuk dapatkan rawatan.
Terasa di dalam duburku angin meragam dan berlumba-lumba untuk keluar 
tetapi tak juga keluar-keluar.
Sudahnya aku seperti kentut ke dalam perut semula..
Keadaan semakin tak selesa bila dadaku panas seperti di bakar.
Degupan jantung bertambah kencang. 
Doktor yang memeriksa mengesahkan aku mengalami gastrik dan asid refluks.
dan disebabkan aku juga mengalami cirit birit, drip air dimasukkan ke dalam badanku.
Namun perasaan seperti diambang maut itu seolah-olah dibisikkan ke dalam telingaku setiap masa.
Aku menjadi pucat dan tak tentu arah. Menggeletar ketakutan.
3 bulan sebelum semua itu terjadi aku mengalami darah haid yang berpanjangan
yang lately baru aku ketahui juga dikenali dalam istilah kedoktorannya sebagai Menorraghia.

Bermula dari itulah
segala kesakitan bersilih ganti datang.
Aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang terjadi pada diriku.
Aku sering menangis sendirian. 
Berulang alik ke hospital menjadi rutinku.
Gastrik sentiasa menjengahku.
Murung sepanjang masa mengenangkan nasib diri yang yatim piatu.
Kenangan berpantang lalu dibawah jagaan penuh abah dan ibu sentiasa menghantui.
Begitu pula dengan keadaan berpantang yang baru lalu di mana segala pantang dilanggar.
Dengan keadaan suami yang tidak memahami kerana faktor pekerjaan yang banyak manalagi mendapat isteri yang sakit tiba-tiba tanpa sebab. Suami menjadi seorang pemarah.
Anak-anak terpaksa ditumpangkan dengan ipar.
Dengan cara didikan dan perhatian yang berbeza anak-anak mula terikut dengan perangai makcik-makcik yang bercakap dengan nada kasar.
Tingkah laku juga kasar bahkan menjawab dan bercakap dengan ibu sendiri juga seperti bercakap dengan orang lain.
Hati semakin dihimpit pilu.

Keadaan ini sangat menginsafkan aku.
Aku bertatih untuk bangkit. 
Aku tidak punya sesiapa untuk mengadu.
Kepada Allah aku memohon ampun. 
Malam-malamku sukar untuk melelapkan mata kuhidupi dengan doa yang berpanjangan.
Aku tidak dapat melakukan tahajjud kerana aku takut untuk melelapkan mata.
Takut jika aku tidak bangun lagi dan bersendirian di dalam kubur tanpa cahaya ibadah yang mana aku sering saja melakukannya sambil lewa.

Ku tabur air mata penyesalan hanya kepada Allah.
Setiap kali aku mendapatkan pertolongan dan informasi terkini untuk mengubati diriku.
Kupanjatkan syukur. Air mata terlalu baik menemaniku dalam duka maupun suka.
Kuhambur wang ringgit untuk mengubati diri sendiri.
Aku ke spa untuk mendapatkan khidmat urutan badan, disitu aku bertemu dengan Kak Tipah yang berasal dari Sarawak. Dia menawarkan untuk memeriksa diriku walhal sebenarnya spa tersebut tidak menawarkan sebarang khidmat untuk wanita selepas bersalin.
Namun, kerana Kak Tipah adalah bidan kampung yang bertauliah dan telah menjalani kursus perbidanan, beliau tahu ada yang tidak kena dengan diriku.
Beliau mengurut dan memberikan nasihat. Kak tipah juga mengesahkan yang aku meroyan serta bentan. Mengalir air mata sekali lagi bila diberitahu seperti itu.
Pilu rasa hati. Dan aku juga segera mengucapkan syukur berkali-kali kepada Allah kerana  menghantar bantuan seperti ini. 

Suatu hari
(lupa dah bila tarikhnya) selepas bulan Ramadhan.... seorang sepupu Rina Jainal yang telah menamatkan kursus bidan share post di FBnya berkenaan kisah Meroyan oleh seorang bidan muda. Dan pesakit itu pula tak lain dan tak bukan adalah ibu empunya post itu sendiri.
Hati sangat2lah tersentap dengan pengorbanan ayah kepada empunya cerita. Betapa 'Halim'nya ayahnya yang sanggup bersabar selama 10 tahun menghadapi kerenah isteri yang meroyan.
Segala kepiluan dan ketegaran 
tercantum menjadi satu dalam FB Kak Ice membuatkan aku mendapat suntikan untuk terus tabah dan sabar menghadapi ujianku ini.

Aku terpanggil untuk mencuba produk yang digunakan keluaran NR (Nona Roguy). 
Selepas menggunakan beberapa bulan, wajah yang pucat telah kembali bersinar, kesakitan dan sakit kepala serta menorraghia tidak lagi kerap bertamu.

Aku juga Alhamdulillah mendapat khidmat nasihat langsung daripada NR melalui email dan telefon berkenaan cara penggunaan dan pantang larang bagi menguatkan diri dan mengubati diri sendiri.
Aku masih meneruskan pengubatan ini dan mulai menjadi follower di blog Kak Ice.


Sekarang aku ingin mencari penawar bagi asid refluks yang kini semakin teruk. Aku tidak lagi merasakan sakit pedih ulu hati tetapi ianya aku menyerang saluran esofagus sseolah-olah ada getaran atau debaran di dalan leherku.
Bukan aku menidakkan pengubatan sains namun pengalaman lalu menjadikan aku pengguna tegar yang menggunakan sains dan alam semulajadi sebagai senjata utama untuk pengobatan diri.

Akhir sekali aku ingin berpesan pada yang sudi singgah di blog ku ini; jika saudara atau saudari menghadapi hal yang sama sepertiku, sembahyanglah dan minta ampun dengan Allah.
Seterusnya sambil berdoa berikhtiarlah.
Ikhtiar kita tanda kita tidak berputus asa dan menidakkan rahmat Allah.

Hakikatnya,
Kita diberikan sakit sebagai teguran dan pelajaran dari Allah.
Kita hendaklah bersyukur kerana ditegur. Kerana jika Allah mahu, Dia berkuasa mematikan kita tanpa memberi kita peluang  menyedari silap kita dan seterusnya berpeluang bertaubat.
Jadi sujudlah taubat dan syukur atas sakit yang kita terima.

Wahai wanita, kita ini ibu dan ketua rumahtangga dalam menjaga dan melestarikan keluarga kita.
Tidak salah berbelanja lebih demi kesihatan dan kecantikan diri sendiri.
Jagalah diri, kerana bila kita sakit satu keluarga turut merasakan peritnya.

Jaga diri ya semua.... Semoga coretan ini dapat menjadi nasihat maya buat sahabat semua. 
Aamiin.



















































Tiada ulasan:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS